Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


(" Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa ")

Surah Al Baqarah, ayat 183



Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An-Nasa'i dan Al Bahaiqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud :


(" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padaNya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan...... ")

Thursday, July 23, 2009

Pasrah...........


Ingin ku sendiri
Meniti hari
Kala sunyi
Yang melanda sepi
Alam bisu
Bagaikan mengerti
Berakhirnya sebuah memori

Ingin ku melangkah
Membawa diri
Kerna cinta
Yang dikhianati
Luka rasa untuk menghadapi
Pengorbanan tidak dihargai

Kini aku... pasrah
Dengan segalanya

Kepedihan itu
Masih terasa
Apakah salahku
Apakah dosaku
Tuhan berilahku petunjukMu
Redha dengan kehendakMu
Cukup kali ini
Kau menyakiti
Berulangkali
Tak usahlah kembali
Dengan rela hati
Melepaskan pergi...

Ingin ku sendiri
Meniti hari
Kala sunyi
Yang melanda sepi
Alam bisu
Bagaikan mengerti
Berakhirnya sebuah memori......


Penguat semangat :))



Sesungguhnya stiap ape yg berlaku pada dri kita, ade hikmahnya..
Mungkin kita xtahu dan tanpa kita sedari sesuatu yg berlaku itu adalah utk kebaikan dri kita sndiri even kita rasa sedih, xadil..
Allah telah menentukan jln hdup kita.. ( Ajal,Maut,Pertemuan,Jodoh ) ...
Kita kena kuat utk menjalani hari2 yg akan dtg..
Jgn menyalahkan takdir..
Yg pasti Allah itu maha berkuasa dan mengetahui stiap ape yg berlaku terhadap dri kita..
Dia memberi rasa cinta dan Dia berhak menarik blk..
Kita kena redha dgn stiap ape yg berlaku spnjg hidup ni..
Jgn mensia-sia kan hidup dgn cinta yg xakan kemana2 selagi Dia xmengizinkan..
Cinta kpd Allah xakan mnyesal..

Ada sebab kita ditakdirkan sebegini..
Kita cuma perlu bersabar dan redha menghadapi stiap ujianNya......
Dgn ujianNya jgak membuatkan kita semakin matang utk menjalani hidup dgn hari2 yg akan dtg..
Kita perlu mengambil pengajaran drpdnya..
:)


::SyazaHussin::

Friday, July 10, 2009

Mata bengkak? O_O



Hari ni hari jumaat (10/7/09) n hari ni jgak hari terakhir ustazah Fauziah (practical) di Smk Seri Keramat..
Memang nak sgt g skola tp ape kan daya bangun2 tido pagi td mata bengkak., xtau laa kena ape., kena tumbuk dlm mimpi kot..
huhu

Smalam (9/7/09) punya laa smangat buat cupcake untuk jamuan hari ni laa..
hurmmm..
tp nak wat cmner
mungkin ade hikmah disebaliknya..
kita xtau kan :)





> sentiasa diingati selalu :)
ustazah Fauziah


::SyazaHussin::

Sunday, June 21, 2009

Selamat hari bapa.. :)



Kpd siapa yg bergelar bapa.., SELAMAT HARI BAPA sya ucapkan ! :)
Tanpa ibu bapa, siapalah kita didunia ni..
Ceehhhhh!~
Betapa pntingnya ibu bapa kita..
Cuba kita hitungkan......
Byk pengorbanan mreka terhadap kita..
Xpnah pun merasa jemu utk membesarkan kita, mendidik kita & mengikut keinginan kita..
Tanggungjawab seorang bapa terhadap anak-anaknya sangatlaa bsr..
Tapi...
Tak pnah pun mreka berputus asa..
Jadi..
Tanggungjawab kita plak sbg anak ialah membalas pengorbanan mreka slama ni..

SELAMAT HARI BAPA, abah :))


::SyazaHussin::


Friday, June 05, 2009

Jalan-jalan cari makan


Date :1/6/09

Time :2 p.m

Place :JomBali Cafe


mari kita makan jum!

Cocktail Fruit Ice cream


Tauhu bakar


hiasan yang menaikkan selera..

sesiapa yang ingin cuba, datanglaa.. :)

___________________________________________________________

Time :4.29 p.m

Place :Big Apple Donuts & Coffee


dah lama juga tak makan donuts ni..

Aliens & Marble Duke


makan 1 je sebab makan untuk syarat je.. :)

memang sedap laa...

nyummmmyyy!!

___________________________________________________

Time :8.45 p.m

Place :Azeezah Al ansar Steak House


tempat ni tak sesuai sangat kalau bawa family, tempat ni untuk orang lepak-lepak or santai boleh laa sebab macam warung je..

yang bestnya dari situ boleh nampak pemandangan KLCC..

haaaaaa

&

makanan & minuman dia sedap laa..

tapi.....

air buah dia tak ada gelas besar cume cawan kantin sekolah je..

tapi apa yang penting rasa makanan..

makanan kat tempat ni tak semua ada..

banyak makanan barat kot..

harga dia oke :) ..

Chicken Chop

siapa yang dah terliur boleh laa mencuba! :)


Jalan-jalan





Date: 31/5/09
Time: 6.02 p.m
Place: Pantai Bagan Lalang


" say hi to Pantai Bagan Lalang "

tempat ni terletak di Sepang..
boleh katakan jauh juga laa dari rumah..
walaupun dah hampir 5bulan tak pergi, tapi tak banyak yang berubah..
cuma yang kurang bestnya kali ni, air surut..
boring sikit laa..
xboleh nak main2 air
mcm bdk2 gitu ;D
Tapi tetap ramai juga orang berkunjung ke pantai tersebut untuk menikmati suasana yang agak tenang..

ni haa.......
air surut..


penemuan satu objek yang pelik..
( apakah ini?? )


buaian pun ada untuk family yang bawa anak kecil yang berusia antara 5-17 tahun.. ( ambil kira saiz badan juga )
&
ada juga layang-layang,bola angin untuk kanak-kanak..
tempat ni memang sesuai untuk semua orang tak kira umur

( anak siapa laa ni ) :)

sorry pakcik :)

jalan-jalan-jalan 'nthen' terjumpa satu ni..
nak kata rumah,bukan rumah..
nak kata bilik,bukan bilik..
nak kata tandas,bukan tandas..
so,apakah ini..???


jeng,jeng,jeng....


kita abaikan soal tu..
sebab sekarang....
" apa yang penting.,kerjasama! " :)
dah tu jalan-jalan-jalan & jalan lagi 'nthen' jumpa kuda ni..
ada lagi dia rupanya..
kali ni dia dah pon boleh 'ditunggang' sebab dah pon selamat melahirkan anak.. :)
moga kita akan berjumpa lagi 'next tyme' ye kuda-kuda.. :)


dah penat berjalan apa lagi mau say good bye laa..
insyaAllah akan datang lagi dilain hari & waktu. :)


Boring.!makan..??


Date: 31/5/09

Time: 12.21 a.m



B.O.R.I.N.G !!!!!
huhh..
kenapa perasaan ini boleh muncul dalam diri kita???
ohh..no!!!!
kalau perasaan ini sering terjadi.,habis laa..
ayooo
kalau dah macam ni,xlain xbukan pergi keluar minum2 laa..
katakan tidak! 'no' ( dalam bahasa inggeris )

sama ada Old Town White Coffee or Kentucky Fried Chicken..??
mai pilih2 cepat..

akhirnya,ni haa.....


Float & Cheezy Wedges

macam biasa laa KFC juga laa yang dapat memahami diri ini..

agak ramai juga orang ' time ' tuh..
tapi..tak hairan laa sebab memang kita tahu bahawa penduduk di Malaysia ni memang suka lepak2..
betol ke?

apa nak jadi da..?!!
ceh, cehhh..

tapi.,best juga lepak2 kat situ
sebab....
perut sudah kenyang
weeeeeeee!~


Thursday, May 28, 2009

Mid Year Exam!!!



warrgghhh!!....
lega rasanya selama 3weeks mid year exam dijalankan dan akhirnya selesai sudah td..
huh! rasa mcm nk pecah kepala ader gak dok baca buku jer..
boleh dikatakan hari2 rasa pening,xder mood..
tp td tepat je pukul 1p.m, lepas je loceng sekolah berbunyi en trus rasa happy giler..
dh ilang rasa pning or xder mood yg sblm2 ni..
mmg pelik bin ajaib jugak laa
haha!
mcm nk jerit sekuat hati pon ade gak tp sedar diri prempuan xelok jerit2 ni..
nanti org kata mcm baru keluar dari tg.rambutan pulak kang..
xpasal2
haha
aduishhh! xnk laa Sya org ckp mcm tuh
huehue~


mid year exam ni,11 subject yg Sya jwb..
actually amik 9 sbject je for SPM next year tp entah mcm mana boleh sesat subject Sivik & Pendidikan Jasmani tuh..
tp xpela sbb 2 sbject tuh sng laa kot..
rasa mcm budak darjah 1 pon boleh jwb tp dgn baca buku laa..
bg kitorg yg dh form4 ni xyah bc buku pon dh boleh jwb..
(berlagak ckit)
haha!
erm..9 sbject tuh sume nya rasa susah je..
maybe Sya je yg rasa cmtuh..
org lain sng je kowt~
"yela mana x susah nya dik oii,,dh xbelajar.,cuba kalau adik belajar mesti adik rasa sng jer", kata seorg abg(xknl)  kpd sya..
tp nk wt mcm mana dh Sya suka study last second bkn last minute lg..
dh mnjadi routine hidup sejak lahir lg
(memandai jer!)

9 subject yg Sya amik antaranya ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Mathematic, Sejarah, Science, Add Math, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas & tambah 2 sbject yg sesat tuh iaitu
Sivik & PJK

esok Sya xder paper yg kena jwb so Sya dok umah laa utk menjalani routine harian mcm biasa..
hehe
dan serterusnya cuti 2weeks!
waa...
best nya
maybe Sya nk hangout ngn mmber2 tp plan mcm dh 'hancus' je..
kpd sesiapa yg brminat utk join kitorg, juwm laa
tmpt kosong still available
sila tgglkan 6ber fon anda or hubungi Sya
012345678910
wakakakakakakaka!~



P/s :kpd bdk2 SMK Seri Keramat kelas 4ekonomi, 4perdagangan1 & 2 or bdk2 form4 yg mnmbah sbject tmbahan Perdagangan & Tasawwur Islam.,rajin2 kan lah diri korg utk bangun pegi ke sekolah esok ye! (jumaat 29/5) !
korg buat elok2 utk last paper ye !
(ditujukan khas kpd korg sumer especially Aisyah & Fatin  yg amik paper esok)
(pesan kat org, pndai tp diri sndiri x buat elok2 pon utk last paper td)
haha!
shhhhhh!!..
.Full stop.


Wednesday, May 27, 2009

Lyric


BENCINTA

Benarkanku tuk berbicara
bicara terus ke hatimu…..hatimu..
hati yang penuh rasa ragu
jangan terus pergi tanpa mendengar ku
begitu mudah untuk kau terus berlalu nanti dulu
berikanlah waktu untuk aku untuk kamu

ingatkah lagi waktu kau bersamaku
kaku aku melihat mu
lidah kelu sedangkan aku mahu kau tahu
aku cinta padamu
benci padamu
cinta padamu

ke tepi lihat ku berlalu
pasti itu yang terbaik untuk ku
tiada lagi mahu ku tahu
tentang hidup kamu
tentang mati kamu
aku tahu engkau tahu
apa yang mataku tahu
apa yang kau tunggu
mahu aku buka pintu

ingatkah lagi waktu kau bersama ku
kaku aku melihat mu
sedang aku mahu kau tahu
dengar kata ku
aku cinta padamu
benci padamu
cinta padamu

sakitnya aku membenci kamu
sakit lagi mencintaimu
dan aku pergi tapi kembali
benci aku mencintai dirimu
ku benci…. kamu…
aku cinta….kamu…

ingatkah lagi waktu kau bersama ku
kaku aku melihat mu
sedang aku mahu kau tahu
dengar kata ku
aku cinta padamu
benci padamu
padamu…..

ingatkah lagi waktu kau bersamaku
kaku aku melihat mu
lidah kelu sedangkan aku mahu kau tahu
aku cinta padamu
aku benci padamu
aku cinta aku benci
padamu

ingatkah lagi waktu kau bersama ku
dengar kata ku
aku cinta padamu
aku benci padamu
aku cinta aku benci!!