Sunday, May 10, 2009

Selamat hari Ibu sedunia :)


Kita lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan kita.. ibu
Bila lapar, yang suapkan kita.. ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa disamping kita.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang kita sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, kita cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang.. ibu
Bila nak bermanjakita dekati ibu
Bila nak bergeselkita duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujuk kita hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi kitaibu
Bila merajukyang memujukku cuma.. ibu
Bila melakukan kesalahanyang paling cepat marah.. ibu
Bila takutyang tenangkan kita.. ibu
Bila nak pelukyang kita suka peluk.. ibu

Kita selalu teringatkan.. Ibu
Bila sedih, kita mesti taliponIbu
Bila seronok orang pertama kita nak beritahuIbu
Bila bengang.. kita suka luah pada.. Ibu
Bila takut, kita selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah.. Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah kita dulu.. Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium kita sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaran kita.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang kita.. Ibu
Yang selalu berleter kat kita.. Ibu
Yang selalu puji kita.. Ibu
Yang selalu nasihat kita.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama kita tunjuk dan rujuk Ibu

Tapi bila kita dah ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… kita cari pasangan kita
Bila sedihkita cari Ibu
Bila berjaya… kita ceritakan pada pasangan kita
Bila gagalkita ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, kita peluk erat pasangan kita
Bila berduka, kita peluk erat Ibu
Bila nak bercuti… kita bawa pasangan kita
Bila sibukkita hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… kita hadiahi bunga pada pasangan kita
Bila sambut hari ibukita cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu… kita ingat pasangan kita
Selalu Ibu ingat pada kita
Bila..bila… kita akan talipon pasangan kita
Entah bila.. kita nak talipon Ibu
Selalu… kita belikan hadiah untuk pasangan kita
Entah bila…. kita nak belikan hadiah untuk Ibu kita

ingatlah pengorbanan ibuuuuu….

Dalam sebuah hadith mengatakan bahawa "siapa yang harus ku hormati ya Nabi"???
"ibumu,ibumu,ibumu" jawabnya...
Di hari ibu yang bertepatan hari ini ;10 Mei..
Ananda berdoa untuk kemuliaan Ibu dan kesejahteraan dirimu Ibu..
Semoga dipanjangkan umur dan sentiasa bahagia disamping keluarga tercinta..
salam hormat diseluruh Ibu didunia.

Selamat hari Ibu,Mak yang tersayang....

No comments:

Post a Comment